dia nafikan tuduhan aku iaitu dia bukan seperti lelaki lain
dia kata dalam hidupnya hanya ada aku, dia sayang hanya aku
dia minta aku percayai dia
dia marah bila aku enggan percayai dia
tapi dia bersayang-sayang dengan perempuan lain
berkali-kali dia tertangkap oleh aku kerana itu
namun selagi mana dia boleh menafikan, dia akan nafikan sekeras-kerasnya
dia ulang berkali-kali, kemudian dia tanya aku, tidakkah aku percaya kepadanya?
pada dia, jiwa aku hanya sekeping jiwa, jiwa aku tiada nilai harga
bibirnya tanpa jemu menyatakan sayang dan cinta
tingkahnya tak pernah lepas dari belai dan manja
jasadku dilayan bagai permaisuri disingahsana hatinya
tiada siapa akan percaya jika aku kata dia berdusta
Ya ALLAH sakitnya jiwa... layakkah ianya dipersia?
Andai padaMu hati dan jiwa ini selayaknya direnyuk, dilempar, dipijak,
maka permudahkan aku untuk menerima
sesungguhnya seluruh pelusuk jiwa dan raga ini milikMu
Aku hanya manusia di dunia sementara
moga ada tempat buatku disisiMu atas semua keseksaan ini
aku redha, aku sedang menelannya semua keseksaan ini
aku tak akan mampu menghadap seksaMu di sana
jadi, biar aku menyerapnya di sini
jadikan ianya kafarah buatku
ampunkan semua dosaku.
permudahkanlah aku menerima ya Allah
permudahkanlah aku menerima ya Allah
permudahkanlah aku menerima ya Allah
keringkan jiwaku, bekukannya, apungkannya biar tiada nyawa, biar tidak berasa...
keringkan juga air mataku ya Allah, kerana aku enggan menangis kerananya.
aku harap kasih dan sayangMu kerana aku tidak berjumpa kasih dan sayang di dunia
No comments:
Post a Comment