dia nafikan tuduhan aku iaitu dia bukan seperti lelaki lain
dia kata dalam hidupnya hanya ada aku, dia sayang hanya aku
dia minta aku percayai dia
dia marah bila aku enggan percayai dia
tapi dia bersayang-sayang dengan perempuan lain
berkali-kali dia tertangkap oleh aku kerana itu
namun selagi mana dia boleh menafikan, dia akan nafikan sekeras-kerasnya
dia ulang berkali-kali, kemudian dia tanya aku, tidakkah aku percaya kepadanya?
pada dia, jiwa aku hanya sekeping jiwa, jiwa aku tiada nilai harga
bibirnya tanpa jemu menyatakan sayang dan cinta
tingkahnya tak pernah lepas dari belai dan manja
jasadku dilayan bagai permaisuri disingahsana hatinya
tiada siapa akan percaya jika aku kata dia berdusta
Ya ALLAH sakitnya jiwa... layakkah ianya dipersia?
Andai padaMu hati dan jiwa ini selayaknya direnyuk, dilempar, dipijak,
maka permudahkan aku untuk menerima
sesungguhnya seluruh pelusuk jiwa dan raga ini milikMu
Aku hanya manusia di dunia sementara
moga ada tempat buatku disisiMu atas semua keseksaan ini
aku redha, aku sedang menelannya semua keseksaan ini
aku tak akan mampu menghadap seksaMu di sana
jadi, biar aku menyerapnya di sini
jadikan ianya kafarah buatku
ampunkan semua dosaku.
permudahkanlah aku menerima ya Allah
permudahkanlah aku menerima ya Allah
permudahkanlah aku menerima ya Allah
keringkan jiwaku, bekukannya, apungkannya biar tiada nyawa, biar tidak berasa...
keringkan juga air mataku ya Allah, kerana aku enggan menangis kerananya.
aku harap kasih dan sayangMu kerana aku tidak berjumpa kasih dan sayang di dunia
Sunday, November 27, 2016
Monday, November 14, 2016
SAAT ITU
Saat rasa itu menjalari kesegenap urat dan saraf
mengilukan, membingungkan, memekakkan
saat itu tiada apa yang mampu difikirkan melainkan hanya itu
engkau mengeliang liut seperti cacing di atas lantai simen semasa hujan lebat
namun tiada apa yang dapat menghilangkan rasa itu
engkau ketuk lagi daun pintu menggesa penghuni di dalamnya agar segera keluar
saat mengetuk itu, kau rasakan itulah pengakhiran kepada daya tahan yang paling mampu kau pertahankan
andai daun pintu tidak terkuak saat itu juga, maka akan berhamburanlah segala isi usus yang beratur panjang berasak-asak
mengilukan, membingungkan, memekakkan
saat itu tiada apa yang mampu difikirkan melainkan hanya itu
engkau mengeliang liut seperti cacing di atas lantai simen semasa hujan lebat
namun tiada apa yang dapat menghilangkan rasa itu
engkau ketuk lagi daun pintu menggesa penghuni di dalamnya agar segera keluar
saat mengetuk itu, kau rasakan itulah pengakhiran kepada daya tahan yang paling mampu kau pertahankan
andai daun pintu tidak terkuak saat itu juga, maka akan berhamburanlah segala isi usus yang beratur panjang berasak-asak
Monday, October 24, 2016
SENDA GURAU
MAK CIK SENAH : aku teringin nak tokak something sweet la..
MAK CIK BEDAH : aku sweet.. nak tokak?
MAK CIK SENAH : (tercekik)
MAK CIK KIAH : nu, jilat gambaq KJ
MAK CIK BEDAH : aku sweet.. nak tokak?
MAK CIK SENAH : (tercekik)
MAK CIK KIAH : nu, jilat gambaq KJ
CINTA
Bila cinta mula berbisik
hati mula bernada
Bila mabuk menguasai jiwa
tiada cela yang menjelma
Biar apa yang mereka kata
keraguan tak mungkinkan ada
Hanya engkau yang kupercaya
biar hanya dusta atau nista yang kau cerita
Siapa menduga apa akhirnya cerita kita
Mereka hanya mampu menyangka
Namun yang memahami itu kita
Hanya kita sahaja yang mencoraknya
Akan aku turuti semua mahumu
Andai itu mampu buat kau dan aku bahagia
Akan kugenggam erat tanganmu
Andai kau bawaku ke syurgamu
hati mula bernada
Bila mabuk menguasai jiwa
tiada cela yang menjelma
Biar apa yang mereka kata
keraguan tak mungkinkan ada
Hanya engkau yang kupercaya
biar hanya dusta atau nista yang kau cerita
Siapa menduga apa akhirnya cerita kita
Mereka hanya mampu menyangka
Namun yang memahami itu kita
Hanya kita sahaja yang mencoraknya
Akan aku turuti semua mahumu
Andai itu mampu buat kau dan aku bahagia
Akan kugenggam erat tanganmu
Andai kau bawaku ke syurgamu
Sunday, October 23, 2016
AMAN (SESI 1)
Gelap
malam itu tidak lagi menggentarkan Aman. Sejuk malam itu bukan lagi pokok
persoalan. Amarah Aman malam itu lebih mengoncang perasaan. Marah dengan
dirinya yang tidak mampu mengatakan tidak. Natijah dari ketidakmampuan diri
sendiri mengatakan tidak itu, harus ditanggungnya. Aman kesal dengan diri
sendiri.
Mak Tijah tidak faham-faham. Aman
tidak tahu Mak Tijah pura-pura tidak faham atau sengaja tidak mahu tunjuk yang
dia faham. Sudah berkali-kali Aman kiaskan kepada Mak Tijah. Aman tidak mahu
hati tua Mak Tijah terusik jika dia berterus-terang. Mak Tijah satu-satunya
darah daging yang Aman ada. Mak Tijahlah yang sedari kecil menjaga dan
mengambil tahu akan dirinya. Aman tidak mahu menyakiti hati Mak Tijah dengan
keputusannya, jadi Aman cuba untuk kiaskan maksudnya dengan memberi seribu
alasan. Tetapi Mak Tijah mempunyai jawapan untuk semua alasan yang dilontarkan.
Aman dapat mencium muslihat dalam semua perancangan ini, muslihat yang
tidak diketahui Mak Tijah. Namun Aman terlalu lurus untuk merungkaikannya. Mak
Tijah juga lurus. Tapi Aman pun sekadar menuduh. Aman tiada bukti asas. Apatah
lagi bukti kukuh. Aman hanya pelik,
kenapa dirinya. Kenapa dirinya yang dipilih? Kenapa bukan Malik, anak Pak
Harun, penghulu Kampung Bentan? Kenapa bukan Zaki anak Lebai Manaf? Kenapa
bukan Murad anak Siak Ali?
Kenapa mesti Aman si yatim piatu
yang hidup menumpang dengan ibu saudara? Kenapa mesti Aman yang tidak ketentuan
ibu bapa? Kenapa mesti Aman yang lurus bendul, kurus kering, hitam berkilat, tidak
banyak bicara? Kenapa mesti Aman yang tiada harta benda?
Semua persoalan tidak mampu
dijawabnya. Haruskah Aman bertanya? Tapi bagaimana? Aman tidak tahu bagaimana
mahu bersemuka dengan Habibah. Setiap kali Habibah berada dihadapannya,
mulutnya terkunci, matanya tunduk memandang kaki, jari jemarinya sejuk seperti
hari bersalji. Lantas apa yang mampu dilakukannya ialah melarikan diri. Aman
selalu melarikan diri. Bila bertembung Habibah, itu saja yang mampu
dilakukannya, setiap kali. Biar ditegur dan disapa, Aman kerap tunduk, diam dan
membisu.
Baginya Habibah itu terlalu cantik
untuk disentuh oleh pandangannya. Terlalu indah untuk diajak berbicara. Aman rasakan
seperti ada kasta antara mereka. Padahal, Habibah juga tidak ketentuan asal
usulnya. Tetapi Habibah nampak seperti berharta. Habibah nampak tertib dan
terjaga. Cuma Habibah janda. Tapi, apa salahnya dengan janda?
Hari pertama Habibah sampai di Kampung Bentan, Aman orang pertama yang
ditemuinya. Aman bertembung dengan Habibah di kepala simpang masuk ke Kampung
Bentan. Habibah yang menyapanya. Habibah bertanyakan rumah penghulu Kampung
Bentan. Aman menumpangkan Habibah ke rumah penghulu dengan menaiki basikal. Habibah
tidak malu membonceng basikal tua dengan Aman.
Aman ingat, waktu itu sudah senja benar. Matahari sudah labuh diufuk.
Maghrib sudah masuk. Angin senja sudah bertiup. Aman pulang dari pekan, hantar
pisang kepada Ah Seng, peraih hasil kebun Pak Rais yang dikerjainya.
Dari jauh, dia lihat kelibat perempuan berdiri di hentian bas.
Perempuan itu memerhati ke arahnya, tapi Aman pasti perempuan itu sedang
menunggu bas. Terlintas di fikirannya bahawa bas sudah tiada di jam-jam begitu.
Bila Aman hampir dengan perempuan itu,
perempuan itu menahannya. Aman berhenti.
“Abang, boleh tunjukkan saya jalan ke rumah penghulu?” sebaik sahaja
Aman berhenti perempuan itu terus bertanya.
Wajahnya
gusar, biarpun begitu, suaranya lembut, menggegar sanubari. Sekilas Aman melihat
susuk perempuan itu. Perempuan itu sungguh cantik. Perempuan itu bukan dari
sekitar Kampung Bentan. Perempuan itu sangat asing di kawasan itu. Aman diam,
memikirkan jawapan. Jalan ke rumah penghulu agak susah untuk diceritakan. Aman
cuba. Tetapi perempuan itu tidak faham. Aman cuba lagi. Masih tidak faham.
Aman lihat kiri dan kanan, depan dan belakang. Mencari kelibat
kenderaan orang-orang kampung di jalan, andai ada yang boleh ditumpangai
perempuan itu. Tiada. Dengan rasa gugup, Aman menawarkan diri untuk menghantarnya
ke rumah penghulu. Riak wajah perempuan itu bertukar, senyumannya lebar.
Sebaris gigi putih tersusun cantik, empat batang gigi siong jelas kelihatan menambahkan
kemanisan wajahnya.
“Terima kasih bang. Terima kasih sangat-sangat. Bibah tak tahu berapa
lama lagi Bibah perlu tunggu di sini, kalau abang tak lalu tadi mungkin sampai
malam Bibah di sini. Terima kasih bang.” Bibah.
Itu
namanya. Bibah berkain batik, kebaya merahnya paras pinggul. Bibah bertenggek
di tempat duduk belakang basikal Aman. Ada payung ditangannya. Payung merah.
Kasutnya bertumit. Warna hitam. Beg tangannya kecil, juga hitam.
Keesokan harinya, Aman dengar Mak
Kiah jiran sebelah rumah bercerita tentang Bibah pada Mak Tijah. Aman memasang
telinga setelah siap berpakaian kebun.
“Kau tahu, ada janda muda yang ingin
duduk tetap di kampung kita ini?” tanya Mak Kiah.
Mak
Tijah menjemput adunan cekodok ke dalam minyak yang sudah mula panas. Mak Tijah
diam tidak menjawab.
“Janda itu sampai senja semalam. Kata
orang, Aman yang menghantarnya sampai ke rumah penghulu. Kau tahu? Aman ada
cerita? ” Mak Tijah menggeleng. Tenang. Mak Tijah menarik kerusi disebelah Mak
Kiah. Duduk. “Aku dengar dia duduk di rumah arwah Senah. Berani dia sendirian
di situ. Orang kampung ini, lalu depan rumah itu pun tidak berani, apatah lagi
mahu bermalam. Beri sepuluh ribu pun belum tentu ada yang mahu.” Mak Kiah diam
sebentar, dahinya berkerut. “Aku dengar lagi janda itu dulunya berkahwin dengan
Imran, cucu si Senah. Padanlah dia datang tinggal di rumah itu. Mungkin rumah
itu saja yang diwariskan. Tapi berani betul dia, kan Tijah?” wajah Mak Tijah
ditenungnya sungguh-sungguh.
Mak
Tijah menarik nafas panjang. “Alhamdulillah sudah ada orang yang duduk.
Bolehlah dia jaga rumah arwah itu. Harap-harap lepas ini tidak ada lagi
orang-orang kampung yang kena kacau.” Mak Tijah menyorong pinggan cekodok ke
hadapan Mak Kiah. “Makanlah,” katanya. Mak Kiah sebaliknya menghirup teh panas
yang telah awal-awal lagi dihidangkan Mak Tijah. Fikirannya menerawang.
“Jom Tijah, kita jenguk si janda
itu. Namanya Habibah,” Mak Kiah mengajak sungguh-sungguh.
Habibah. Aman bangun duduk dari baringnya. Melangkah keluar dari bilik,
turun ke dapur.
“Aman, mari makan nak,” sapa Mak Tijah sebaik sahaja terlihat Aman di
muka pintu dapur.
Aman
mengangguk dengan senyuman. “Mak Kiah, sihat?” Aman berbasa-basi.
“Macam inilah Aman. Alhamdulillah
boleh jalan ke sana ke mari. Boleh jaga diri sendiri. Mak Tijah tak apa lah,
ada kau yang boleh tengok sakit peningnya. Aku ini, siapa yang hendak
tengok-tengokkan,” keluh Mak Kiah.
“In shaa Allah Mak Kiah, saya boleh
tengok-tengokkan. Bukan jauh pun rumah Mak Kiah,” balas Aman selepas menghirup
teh panas yang dibancuh Mak Tijah.
“Ntah Mak Kiah kau ni, apa yang
dirabankannya pagi-pagi ini pun tak tahulah. Nah, makan cekodok ni,” Mak Tijah
meletakkan sepinggan cekodok yang baru diangkat dari kuali, kemudian menjemput
lagi saki baki adunan cekodok ke dalam kuali.
Mak
Kiah akur. Dia makan. Pada suapan ketiganya, Mak Kiah berhenti menyuap.
“Aman, betulkah kau yang menumpangkan
Habibah ke rumah penghulu senja semalam?” Mak Kiah menagih jawapan Aman. Muka
Aman ditenungnya. Mak Tijah juga menanti jawapannya.
Aman
senyum melihat keletah Mak Kiah. Sehabis-habis mahu diketahuinya. Tapi Mak Kiah
bukan jenis yang suka menjaja cerita ke merata kampung. Cuma bila ada yang
bertanya, baru dia bercerita.
“Iya Mak Kiah,” wajah Mak Kiah puas,
kerana telah pasti cerita yang didengarnya itu benar. Memang benar Aman yang
membawa Habibah ke rumah penghulu. Mak Kiah makan lagi. Aman menghabiskan teh
panasnya, lalu bingkas bangun. Mak Tijah menghulur pelas air dan sebungkus
plastik berisi cekodok, bekal Aman di kebun.
Panas matahari mencucuk-cucuk kulit
yang terdedah. Peluh berjurai-jurai membasahi segenap liang yang ada. Aman
memangkas pelepah pisang yang terakhir sebelum berhenti. Aman duduk di dangau,
mengelap peluh dengan tuala yang sudah sedia basah. Aman minum bekal air teh
yang masih berbaki. Ada dua tiga pokok lagi yang ingin dipangkasnya.
“Assalamualaikum,” sapa satu suara
lunak yang diingatinya dari arah belakang dangau.
Aman
menoleh.
“Waalaikumsalam,” Habibah. Ada
debaran yang merusuh di dada Aman. Mereka berdua, dalam kebun pisang Pak Rais.
Aman gundah. Lalu terus bangkit dari duduknya, mencapai pelas air, Aman
melintasi Habibah.
“Abang,” Habibah menarik lengan Aman.
Langkah
Aman terhenti. Debarannya makin kencang. Degupan jantungnya memekakkan.
“Maaf, tidak elok kita berdua di
sini. Saya balik dulu,” ujar Aman tanpa memandang Habibah. Aman takut, andai
dipandang wajah itu, hatinya akan mencair, mengizinkan apa yang ditakuti
terjadi. Habibah perlahan-lahan melepaskan lengan Aman. Sedar tidak sedar, Aman
sudah di rumah. Sudah duduk di kerusi di dapur rumah. Ketika Mak Tijah
meletakkan segelas air sejuk di hadapannya, baru dia sedar dia sudah berada di
rumah. Aman minum lahap. Terasa tenang sedikit dadanya. Tidak lagi berombak
seperti tadi. Mak Tijah rupanya memerhati gelagat anak saudaranya itu.
“Kau kenapa Aman? Seperti nampak
hantu saja.”
Aman
memandang Mak Tijah. Seulas senyuman diberikan.
“Tiada apalah Mak Ngah. Penat
menebas. Hari ini panas betul,” Aman beralasan.
Mak
Tijah akur dengan alasan itu, wajah Aman tidak lagi ditenungnya. Mak Tijah
bangun mengalih lauk goreng di dalam kuali.
“Aman mandi dulu ya Mak Ngah.”
“Iyalah.”
Bilik
air di rumah itu mengepam air telaga dari belakang rumah. Segar tak terkata
saat curahan air sejuk mengalir di seluruh tubuhnya. Hilang semua keletihan
yang ada. Terasa kembali bertenaga.
Aman keluar dari bilik air dengan
hanya berkemban tuala dari paras pinggang hingga lutut. Sekilas dia lihat ada
tetamu di ruang dapur Mak Tijah, tetapi bukan Mak Kiah. Aman pandang sekali
lagi, tersentak seketika melihat Habibah sedang bergelak ketawa dengan Mak
Tijah. Mata mereka bertembung. Aman memeluk dadanya dengan telapak tangan,
lekas-lekas Aman berlari naik ke atas rumah. Terdengar kekekan Habibah.
Aman menunggu di bilik sehingga Habibah balik. Sebaik Habibah balik,
Aman turun ke dapur.
“Sudah mesra nampaknya Mak Ngah dengan Habibah?” sapa Aman.
Mak
Tijah beralih dari muka pintu, sejurus Habibah hilang dari pandangannya. “Ramah
benar si Bibah itu. Mak Ngah rasa, satu kampung pun sudah mesra dengannya.”
Mak
Tijah menarik kerusi duduk di hadapan Aman. “Kau mahu makan dulu?”
“Lepas Zohor nantilah,” jawab Aman.
“Petang nanti si Bibah tu nak minta
kau tolong tengokkan api di rumahnya. Tak ada api katanya. Semalam bergelap
dia.”
“Kenapa tunggu Aman? Kalau panggil
Ah Peng, mungkin sudah boleh pakai api sekarang.”
“Ada juga Mak Ngah cadangkan tadi,
tapi dia mahu kau juga yang tengokkan. Mak Kiah kau lah yang cakap pada Bibah
tadi, yang kau pandai. Mungkin juga sebab tidak ada duit untuk bayar upah si Ah
Peng tu nanti. Kalau dengan kau, Mak
Kiah beritahu, percuma,” Mak Tijah mengulas senyuman mengingatkan perbualan
mereka bertiga pagi tadi.
Petang itu Aman melangkah ke rumah Bibah, dengan debaran memenuhi
segenap ruang dada. Bibah pakai kebaya ungu dengan kain batik hitam. Bibah
tidak cuba menggoda. Mungkin faham di mana pendirian Aman selepas ditinggalkan
dalam kebun pisang pagi tadi. Bibah tunjukkan ibu suis elektrik untuk diperiksa
oleh Aman. Tanpa berbicara Aman mengerjakan apa yang perlu. Apabila semua lampu
sudah dapat berfungsi, hari hampir senja. Aman meminta diri, namun dihalang
Bibah.
“Bibah sudah buatkan abang air, marilah minum sikit.” Aman ingin
menolak. “Seteguk pun tidak apa abang. Marilah,” pujuk Bibah. Aman akur.
Sebaik Aman duduk di bangku yang kelihatan usang, Bibah menuangkan air.
Aman lihat ada pisang goreng juga. “Makan bang.”
“Bibah tak makan sekali?” Aman cuba memandang Habibah, tetapi tidak
berani menentang matanya.
“Abang makanlah dulu, Bibah masih kenyang,” seulas senyuman tidak
pernah lekang dari bibirnya. Hati Aman mencair. Fikirannya mula merasuk
pelbagai bayangan. Lekas-lekas Aman menghabiskan air yang terhidang lantas
bangun.
“Abang balik dulu Bibah,” tanpa menunggu jawapan Habibah, Aman terus
berlari pulang. Habibah memanggilnya. Aman terus berlari, enggan menoleh. Seperti
pagi tadi, Aman tidak sedar sejak bila dia sampai ke rumah. Aman hanya sedar
apabila Mak Tijah menegurnya. “Boleh dibaiki api di rumah Bibah itu?”
“Boleh.. boleh Mak Ngah,” Aman gugup, antara tersentak dan terkejut.
“Engkau ini kenapa? Menggelabah semacam saja mak ngah tengok.”
Aman
tidak menjawab, sekadar cuba mengulas senyuman.
“Man,” Mak Tijah menanti Aman
memandangnya. “Kau mahu tidak menikah dengan Bibah?”
Kesejukan
yang membekukan menyelinap dari ubun kepala Aman, turun hingga ke hujung jari
kakinya. Matanya membulat. Terkejutnya yang amat mendengar soalan Mak Tijah
itu. Lidahnya beku bersama seluruh tubunhya. Matanya memandang Mak Tijah,
tetapi fikirannya tidak pada Mak Tijah. Pada tubir matanya ada Habibah.
Aman bukan tidak suka
memperisterikan Habibah. Dia mahu melompat menggapai awam saat mendengar soalan
Mak Tijah, namun ada sesuatu yang memaku kakinya ke bumi. Aman tidak dapat
merungkai apakah bendanya yang memakunya. Padanya Habibah itu penuh misteri.
Mengapa hanya dia yang merasakannya. Mengapa orang lain tidak nampak apa yang
dia nampak pada Habibah. Dia tidak sepandai mana berbanding dengan orang lain
di Kampung Bentan itu. Tetapi dalam hal Habibah ini, mengapa hanya dia yang
merasakan Habibah itu ada sesuatu yang tidak kena.
Perlahan-lahan wajah Mak Tijah yang
beriya-iya kembali ke tubir mata Aman.
“Hendakkah dia dengan Aman mak ngah? Aman bukan ada kerja tetap pun.
Harap kebun Pak Rais saja.” Aman beralasan.
“Dia yang suruh mak ngah tanya kamu. Katanya, kamu tidak seperti lelaki-lelaki
dalam kampung kita ini. Lagipun tidak elok dia duduk sendirian di rumah arwah.”
Mak Tijah meneliti riak wajah Aman, cuba untuk membaca hatinya. “Kamu tidak
kisahkan dia janda?”
Aman diam. Dia tidak kisah Habibah janda atau dara. Habibah cantik.
Nanti dia cemburu Habibah dipandang lelaki lain. Kalau sekarang Habibah dipandang
mata-mata keranjang di kampung ini, tidak mengapa, dia tiada hak untuk cemburu.
Habibah bukan miliknya. Tapi kalau nanti Habibah sudah menjadi miliknya,
bagaimana dia ingin lindungi Habibah? Dia bukan lelaki pagan. Dia lelaki
pendiam yang tiada keyakinan diri. Namun itu bukan pucuk pangkalnya. Aman
bertekad mahu merungkai misteri yang disimpan Habibah. “Nantilah mak ngah, Aman
fikirkan. Aman masuk mandi dulu. Sudah hampir Maghrib. Aman nak ke surau.”
Mak
Tijah mengangguk. Tidak lagi menggasak Aman dengan soalan-soalan lain.
MAKALAH BUAT CINTA
Sayang
Andai aku tidak cukup untukmu
Maka lepaskanlah
Kerna aku tidak mungkin dapat mencukupi dirimu
Sayang
Andai ada kurangnya aku
Bersabarlah
Kerana kau tidak mungkin memilih aku
Andai engkau tidak boleh menerima
Kekurangan itu
Sayang
Andai engkau butuhkan masa
Khabarkanlah
Kerana aku bukan pendesak
Jagat raya
Sayang
Andai aku terlalu merimaskanmu
Maafkanlah
Aku hanya terlalu menyayangimu
Sayang
Andai aku meraguimu
Yakinkanilah aku
Kerana kebenaran itu milikmu
Andai aku tidak cukup untukmu
Maka lepaskanlah
Kerna aku tidak mungkin dapat mencukupi dirimu
Sayang
Andai ada kurangnya aku
Bersabarlah
Kerana kau tidak mungkin memilih aku
Andai engkau tidak boleh menerima
Kekurangan itu
Sayang
Andai engkau butuhkan masa
Khabarkanlah
Kerana aku bukan pendesak
Jagat raya
Sayang
Andai aku terlalu merimaskanmu
Maafkanlah
Aku hanya terlalu menyayangimu
Sayang
Andai aku meraguimu
Yakinkanilah aku
Kerana kebenaran itu milikmu
Subscribe to:
Posts (Atom)